Saturday 23 February 2013

Mee Tom Yam Kosong-2

Errrrkkk.... Alhamdulillah kenyang sudaa...
walaupun hanya mee tom yam kosong...tetapi tetap sedap(kononyer)..
kerana ditambah dengan kasih sayang dan keikhlasan ketika membuatnya..hahaha....
Walaupun dok hostel tetapi ttap ley practice msk..huhu...
>_<

Friday 15 February 2013

Biskut Chip Coklat

Akhirnyer....
siap jugak biskut famous amous konon nyer nyh...haha....
senang je upenyer buat bende alah nyh...ingat kan rumit sangat....
tapi ok laa kot untuk first try..walaupon rupe x seberape..tapi rasenyer boley tahan.... bau nyer...fuhhh,,,,xtahan...
Nak kongsi ckit resepi biskut chip coklat nyh...


Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang
50 gm kismis hitam 

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Kebenaran Mengenai Kucing


                Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
>_<

Smile..

Sebab ape ea...orang yang x suke kite akan kecewa bila tgok kite gembiraa???
sebab mereka x suka bila kita bahagia...dengki dengan kegembiraan orang lain..(sifat yang x boleh diikuti)
Pagi tadi ade dgar 1 tazkirah dari Prof Muhaya...katanyer: Hanya Orang Yang Bahagia Sahaja Boleh Buat Orang Lain Bahagia...
Orang yang x bahagia..xkan dapat bahagiakan orang lain..sebab diri sendiri pon x bahagia...

Macam mane nak bagi diri kita ni bahagia walaupun banyak ujian melanda...??
Kita kena sentiasa anggap ujian yang Allah berikan sebagai pendorong bagi kita untuk menjadi yang lebih baik...Orang kaye dengan ujian duitnye.,..tapi kalu orang miskin dengan ujian kemiskinannyer..22 adalah dari Allah untuk melihat hambanya bersyukur atau tidak dengan ape yang diberikan..
Contohnya...Kalau kita dapat limau yang masam,jangan terus dibuang limaunya...
perahkan jusnya dan campur dengan gula..pastinya ia menjadi lebih enak..
gula itu sebagai simbol iman dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian dan jus yang enak simbol kepada hasil kesabaran kita ..
>_<

Thursday 14 February 2013

Run

WhAt Can We Get FrOm This Quote???
betol ker kite x leh menang kalu larikan diri daripada masalah????
tePat sekali...!!...
lari laa jauh mane pon..mslah tue tetap dgn kite...
kita just boleh tinggalkan mslah tue kejap..then dye akan ikot kita balik...
sebaiknye...pikir jalan untuk selesaikan masalah dengan sebaik nyer..jgan bertindak ikot emosi...
nanti jangan plak daa buat sesuatu baru nak mnyesal,,mase tue,,x guna dah...
Jadikan Masalah sebagai Penguat diri kita Utuk terus berjaya dan bukannya beban untuk kite terus lemah dan berhenti untuk berusaha...
>_<

Wednesday 13 February 2013

Teluk Ketapang

Balik kampung cuti raye cina...
sempat lagi singgah Pantai Teluk Ketapang jalan-jalan...
beselaa..dok temerloh mane ade pantai...sungai jer..hehe...
sblum tue g minum air kelapa and makan seafood kat gerai2 at ctu.,..
cer teke brp harge,.,???...
Rm 60 kot,,huhu,,,mmg gle...

ny sbahagian mknn laut y kami order...ade tambahan lagi sotong celup tepung tapi x smpai lagi...
sdap mmg sdap...harga pon lazat,,,haha...
kat pantai haritu ombak besar....mmg xde laa orang mandi...
orang naik kuda berhias ade,,hehe,,,
pape pon... kat tganu mmg banyak tempat yang bezz...
lagi pun tahun ny Tahun Melawat Terengganu kan...
>_<

Sunday 10 February 2013

DiNNer D`eMbaSSy

makan di D`Embassy sbagai hadiah dari pensyarah untuk pelajar yang dpat keputusan 3.67 keatas..Thanks!!...sbb blanje kami...kenyang sgt.... sem ny 8 orang dari sem kami yang dapat 3.67 keats...antaranya ialah Najibah,Kak Yus,Aisyah(budak 4 rata),Dayini,Fatihah,Sy,Hanie(xde dlm Gambar) n Aman (juga tiada dlm gambar)...harap sem depan kami dapat kekalkan kputusan dan semakin ramai lagi yang dapat kputusan yang cemerlang.Aminn~ ~ ~
>_<

Friday 1 February 2013

KeyChain Felt

xde keje nak buat so try2 blaja ngan kawan cara nak buat keychain felt...
senang jer sbnr nyer...cuma perlu ade ketekunan dan kerajinan jer....
benda ny kalu rajin wat mmg boley wat duit..sbb mmg comey...perempuan kan mmg ske bnd2 yang cute nyh..hee...
ny contohnyerr... bentuk donut...
kain felt ny boleyh bli on9...kat cnie Pemborong kain Felt
atau pun boley bli kat kedai2 yang jual kraftangan contohnyer Do It Yourself (DIY)
(>_<)